Dasar Privasi

Privacy Policy

Kemaskini terakhir: Julai 2026

1. Maklumat yang dikumpul

Ayaani Homestay mengumpul maklumat yang tetamu berikan secara sukarela semasa membuat pertanyaan atau tempahan melalui WhatsApp atau panggilan telefon, iaitu:

  • Nama penuh
  • Nombor telefon
  • Tarikh check-in dan check-out
  • Bilangan tetamu

2. Bagaimana maklumat digunakan

Maklumat yang diberikan digunakan semata-mata untuk:

  • Memproses dan mengesahkan tempahan homestay
  • Berkomunikasi berkaitan tempahan (pengesahan, arahan check-in, pertanyaan)
  • Rekod dalaman untuk tujuan pengurusan homestay

Kami tidak menjual, menyewa atau berkongsi maklumat peribadi tetamu dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran.

3. Perkhidmatan pihak ketiga

Laman web ini menggunakan beberapa perkhidmatan luar untuk memaparkan kandungan:

  • WhatsApp — untuk komunikasi tempahan terus dengan pengusaha homestay.
  • Google Maps — untuk memaparkan lokasi homestay dalam bentuk peta terbenam (embed).
  • Google Fonts — untuk memuatkan fon yang digunakan pada laman ini.

Perkhidmatan ini mempunyai dasar privasi masing-masing yang tidak dikawal oleh Ayaani Homestay.

4. Keselamatan data

Laman web ini tidak memproses sebarang pembayaran atau menyimpan maklumat kad kredit/debit. Semua urusan tempahan dan deposit diuruskan secara terus antara tetamu dan pengusaha melalui WhatsApp atau pemindahan bank.

5. Hak tetamu

Tetamu berhak untuk meminta semakan, pembetulan atau pemadaman maklumat peribadi yang telah diberikan, dengan menghubungi kami terus melalui talian di bawah.

6. Hubungi kami

Sebarang pertanyaan berkaitan dasar privasi ini boleh dihubungi melalui: